Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan datang lagi

Bismillahirahmanirahim...
Assalamualaikum...hai...

Ramadhan datang lagi...syukur alhamdulillah dengan kesempatan yang diberikan untuk sama-sama mengerjakan rukun islam yang ke-3...marila kita semua mencari keredhaanNya dan mendapat keberkatan...insyaallah..

Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna bagi diriku..memberi perubahan kepada kita semua untuk menjadi insan yang berguna untuk diri sendiri dan orang lain...bekalan untuk kita pada masa akan datang..insyaallah..

Ramadhan..
Bulan untuk kali yang ke-2 bergelar seorang isteri, hati mana yang tidak meronta apabila bulan yang dinanti untuk mencari keredhaanNya bersama insan yang bergelar suami...
oh...alangkah indahnya Ramadhan..

Impian hati..
Menyediakan juadah berbuka puasa buat suami tercinta..
Berbuka bersama -sama..
Menunaikan solat berjemaah bersama-sama..
Menunaikan solat terawih bersama-sama, seiring sejalan menuju ke masjid..
Bagun di awal pagi untuk menyediakan juadah bersahur buat suami...

Alangkah indahnya kalau dapat berbuat demikian untuk suami...tapi siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan yang telah ditentukan olehNya..

Mencipta impian dan angan-angan adalah hak setiap orang..tidak perlu dibayar walau setiap sen pun, perasaan yang diberikan adalah percuma semata-mata..

Sematkan lah doa kepadaNya...
hanya Dia sahaja yang mampu melaksanakan impian hati...
jangan mudah berputus asa Intan Liyana..

hamba yang mengharap..